Thursday 30 June 2016

Resepi Biskut Cornflakes Coklat Badam

        

Resepi Biskut Cornflakes Coklat Badam adalah biskut paling senang sekali kerana tak perlu di bakar, cuma gaul cornflakes bersama badam,coklat cair dan taburkan dengan hiasan.
Terus Siap! Kali pertama buat biskut ni, satu balang anak dara kenit ekin baby alisya habiskan sorang. Sedap katanya kerana rangup dari cornflakes coklat dan juga lemak dari badam cincang. Sila lah cuba, pasti uolls suka :)

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 50 biji anggaran

Bahan-Bahan:

  • 150 gram cornflakes
  • 150 gram coklat bar
  • 50 gram badam cincang
  • 1-2 sudu besar shortening, gantikan dengan mentega pun boleh

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven dan bakar badam cincang dengan suhu 170°C selama 10-15 minit atau sehingga badam masak sempurna. Angkat dan sejukkan.
  2. Tuang cornflakes di dalam mangkuk besar dan ramas kasar sedikit supaya senang disudukan ke dalam cawan kertas nanti.
  3. Cincang kasar coklar bar supaya mudah cair. Kemudian cairkan coklat bersama shortening menggunakan kaedah double boiler dan kacau hingga betul-betul sebati.
  4. Tuang coklat cair ke dalam mangkuk cornflakes dan gaulkan bersama badam cincang sehingga sekata. Sudukan ke dalam papercup.
  5. Taburkan dengan sprinkles atau gula hiasan ketika coklat masih cair supaya senang melekat. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Tips:
Kaedah double boiler - masak air di dalam periuk 1/3 penuh sehingga mendidih. Letakkan mangkuk stainless steel atau kaca tahan panas di atas permukaan periuk. Mangkuk akan panas dari steam.

p/s: sangat senang kan.. en hubby katenye mahu rasakan air tangan isteri... jom kawan - kawan pun bole try.. sangat simple... 

No comments:

Post a Comment